Little Paris
Hello! Wallo!

Assalamualikum! Hi I'm Syabila Aqirah. Welcome to My Little Maustache.


Entries About Linkies

Walking Talking

letak link anda yang betul.
No Harsh words allowed here.
Click 'Hantar' sekali sahaja.

Code CBox korang kat SINI!

Big Clap

Template: Intan Aqilah
Basecodes: Yaya
Others:   


Hot Chocolate

HOT CHOCOLATE

Part 1


"Hey you minah kampung! Apa you buat kat tempat i ni hah? Berambus boleh tak? Hish menyusahkan je" bongkak Emma berkata
"Excuse me. Setahu saya sini tempat awam. Tak ada tulis nama awak lagi pun kan. So please jangan ganggu saya makan. Thanks" balas Zara bersahaja
"Double what?!! Berani you cakap kat i mcam tu? hey sedar la diri you tu siapa. Budak kampung macam you ni tak layak belajar kat sini" kata Emma lagi.
Zara hanya mendiamkan diri sahaja. Lima minit berlalu. Emma semakin panas hati meihat Zara yang tidak berkutik itu. Malah dengan nikmatnya menikmati makan tengah harinya itu bersama teman baiknya.
"Hey you! Dengar tak apa yang i cakap ni? Ke you dah pekak hah? I nak makan. Berambus sekarang" kata Emma kasar kepada Zara
Tiba tiba Zara berdiri dan menghadap Emma. Emma tersenyum menang. Tapi tanggapannya salah bila Zara berkata "Hm tak payah la nak suruh saya pergi. Saya pun memang nak pergi ni. Dah habis makan dah pun. So selamat menikmati makan tengah hari ya. Jangan lupa baca doa makan tau." terus Zara berlalu dari situ
Emma menjadi bengang setelah mendengar kata kata Zara. Lalu dia pun berkata "Double what?! Hey berani you cakap dengan i macam tu? Dasar perempuan kampung tak sedar diri!!!! I hate you Zara Qistina!!!!" malangnya Zara tidak mempedulikan langsung jeritan itu. Memalukan diri betul la.

"Eh Zara kenapa kau senyap je hah setiap kali minah lapis tu cakap macam tu kat kau? Kalau aku dah lama aku ganyang dia tau tak." rungut Rina kawan sebilik Zara merangkap kawan baiknya. Minah lapis yang dimaksudkan olehnya itu adalah Emma kerana Emma suka sangat menyebut perkataan "double" ni.
"Alah biarkan je la dia tu. Peduli pula kan aku dia cakap macam tu. Hm lagi pun aku pelik la. Kalau belajar kat sini memang kena pakai baju branded and mahal eh? Kena make up segala eh?" kata Zara. Dia pelik kerana hari pertama dia sampai ke Park Choi College ini dia dipandang sinis oleh para pelajar di situ. Adakah hanya kerana bajunya yang dipakai itu hanya t-shirt sahaja? Dan seluar jeannya yang sudah hampir lusush itu? Namun dia tidak mengendahkannya.
"Alah Zara. Kau bukan tak tahu. College anak orang kaya memang macam ni. Kau tengok la aku macam mana kan pakai" balas Rina
Zara memandang Rina lantas berkata "Kau kalau pakai baju pengantin pun aku tak pelik la. Tengok la kau ambik course apa. Fashion. Memang patut pun kau pakai macam ni tahu. Eh dah la aku mengantuk nak tidur"
Rina hanya memerhatikan sahaja gerak geri Zara lantas dia pun turut tidur sekali.